IKAN PAUS
Sejak bila ikan paus wujud? Fosil ikan paus yang ditemui
di bumi ini menunjukkan ikan paus telah wujud di bumi ini sejak tujuh
juta tahun yang lalu. Namun begitu para saintis percaya bahawa ikan paus
telah wujud sejak 55 juta sehingga 60 juta tahun yang lalu. Terdapat 80
jenis ikan paus di dunia ini termasuk 11 spesis ‘baleen whales’ dan 69
spesis ‘toothed whales’ yang turut merangkumi ikan lumba-lumba. Walaupun
kita ketahui bahawa ikan paus hidup dalam air masin tetapi terdapat
beberapa spesies ikan paus atau dikenali sebagai ikan lumba-lumba yang
dikenali sebagai ‘Chinese river dolphin’ yang tinggal di kawasan air
tawar.
Kebanyakan masyarakat percaya bahawa ikan paus adalah
haiwan yang amat bijak kerana ia mempunyai otak yang besar dan kompleks
tetapi kebijaksanaannya itu masih belum dibuktikan
ALOE VERA
Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah:
Jel
aloe merupakan anaesthetic yang ringan, dimana ia dapat mengurangkan
rasa gatal, bengkak dan sakit. Ia juga merupakan bahan anti bakteria dan
kulat serta dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang luka dan
mengalakkan pembentukan fibroblast.
Ia juga mempercepatkan tisu kulit yang terbakar sembuh.
Ia mempercepatkan penyembuhan luka, berbanding jika dirawat secara biasa ( standard dressing ).
Jus aloe vera berkesan menyembuh cirit berit, keracunan usus dan ulser gastrik.
Ia dapat mengurang paras gula bagi pesakit kencing manis.
Ia dapat mereda dan melambatkan kesan tindakan virus HIV-1, virus yang dikaitkan dengan penyakit AIDS.
Ia juga cepat meredakan demam panas pada kanak-kanak.
KACANG SOYA
Kacang
soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari
barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:
Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
Ia
mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x
lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih
daripada telur.
Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous.
Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.
Ia
mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk
membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.
KATAK ADE GIGI TAK
Katak
puru mempunyai gigi yang terletak di bahagian atas dalam mulutnya dan
mempunyai lidah yang kuat mampu melambung mangsanya terus ke dalam
mulutnya. Katak puru mampu melompat sejauh dua meter. Seekor katak puru
amat mementingkan kawasan masing-masing dan melindunginya dengan
pelbagai cara termasuk mengeluarkan bunyi, mengejar penceroboh,
menyerang dengan melompat termasuk ‘bergusti’.
Katak puru betina
amat tertarik dengan katak puru jantan yang mampu menyediakan makanan
yang banyak dalam kawasannya. Seekor katak puru betina mampu
mengeluarkan 25,000 biji telur yang bercantum antara satu sama lain dan
terapung-apung di permukaan air. Haiwan tersebut akan menjaga
anak-anaknya yang dikenali sebagai berudu sehingga ia berusia dua tahun.
Jika saiz seekor berudu itu panjang bermakna ia bertukar menjadi katak
puru yang cukup besar selepas metamorfosis bermakna ia mempunyai peluang
hidup yang lama. Pendengaran adalah deria yang paling penting bagi
haiwan ini kerana katak puru jantan berlumba-lumba ‘menyanyi’ di kawasan
kolam yang dijadikan tempat pembiakan. Manakala katak puru betina akan
menyahut ‘nyanyian’ itu secara agresif dan tanpa henti.
KUMAN TERBESSSAAAR!!!
Bacteria
'Sulfur Pearl of Namibia' (Thiomargarita namibiensis) merupakan
bakteria yang terbesar pernah dijumpai oleh saintis. Ia berukuran 0.75
mm ( 0.029 in.) dapat dilihat dengan mata kasar. Bakteria ini telah
dijumpai oleh ahli biologi Heide Schulz dari Max Planck Institute for
Marine Microbiology ketika beliau sedang belayar di perairan Namibia.
KEUNIKAN MANUSIA
Sedikit fakta menarik mengenai badan manusia, antaranya:
badan mempunyai sejumlah trillion unit sel.
bahagaian badan yang berbeza mempunyai jenis sel yang berbeza.
otak manusia mengawal segala aktivti sel, tisu, organ dan sistem.
jantung manusia berdenyut 70 kali seminit, dan setiap kali berdenyut ia mengepam secawan darah.
jantung manusia seberat 300 g dan berdenyut lebih kurang 100,000 kali setiap hari.
terdapat 206 ruas tulang pada rangka manusia, separuh daripadanya terdapat pada tangan dan kaki.
setiap manusia mempunyai 32 batang gigi.
otot-otot membentuk satu setengah kali berat badan.
jika kesemua kulit dibuang, ia mempunyai berat sejumlah 2.27 Kg.
70% berat badan adalah berat air.
DINOSAUR MUNTAH
Muntahan
fosil tertua telah di temuai di Peterborougah. Muntahan tersebut
dikeluarkan oleh dinosour Ichthyosoaurus yang hidup di dalam air di
England 160 juta tahun dahulu. Fosil ini telah ditemuai oleh Doyle di
sebuah kuari tanah liat. Setelah dianalisa pada fosil tersebut nyata
terdapat kandungan asid penghadaman dinosour. Menurut Dave Martill
seorang ahli kajipurba Universiti of Portsmouth, penemuan ini amat
penting dalam mengkaji cara permakanan dinosor tersebut
IKAN MINUM
Adakah
ikan minum? Walaupun ikan hidup di kelilingi air namun ia tetap
memerlukan air untuk minum. Ikan yang tinggal di laut menggunakan air
masin sebagai sumber minuman. Namun begitu, ini tidak bermakna ikan
menjadi masin akibat tabiatnya meminum air laut. Ini kerana semasa ikan
minum air laut ini ia mampu mengasingkan garam daripada air laut yang
diminum.
Kelebihan ikan ini kerana ia mempunyai sejenis sel kumuhan
klorida yang dikenali sebagai ‘ioncytes’ di dalam insangnya. Ia akan
bertindak aktif untuk mengepam keluar garam daripada badan ikan. Ikan
akan merasa dahaga jika ia tidak minum. Malah ikan akan mati kekeringan
jika tidak minum walaupun ia hidup di dalam air.
No comments:
Post a Comment