Fenomena Matahari Halo
Penduduk di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya gempar dengan kejadian Fenomena Halo Matahari yang disifatkan jarang-jarang berlaku.
Fenomena apabila Matahari kelihatan di kelilingi Pelangi itu mula kelihatan kira-kira jam 1 tengahari sehingga Jam 2 petang.
Ia berlaku disebabkan
suhu udara di atas amat sejuk sehingga menyebabkan titisan air sedang
membeku dan menjadi kristal dan berlaku pembiasan cahaya Matahari dan
pecah membentuk lingkaran pelangi.
Beberapa pengguna Facebook mengambil kesempatan memuat naik gambar fenomena itu ke media sosial.
Kekerapan kejadian melibatkan pusingan radius 22° halo dan sundogs(Parhelia).
Dalam gambarajah menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs.
Parhelic
circle pula adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan
mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam
latitut yang sama dengan matahari.
Pembinaan
tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc)
menyentuh secara terus dengan 22° halo sama ada di atas atau dibawah
matahari. Pembinaan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas
semua kristal tersebut.
Radius
22° halo tidak kelihatan. Ia seperti helaian yang berlapis-lapis atau
habuk pada permukaan awan cirrus yang nipis. Awan ini sejuk dan
mengandungi ais kristal walaupun pada iklim yang sangat panas.
Halo
sangat besar. Ia selalu mempunyai diameter yang sama dalam posisinya di
langit. Kadang-kadang hanya sebahagian sahaja yang muncul.
Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Semakin kecil cincin cahaya yang terbias muncul mengelilingi matahari atau bulan dihasilkan oleh corona dari lebih banyak titisan air daripada dibiaskan oleh ais kristal. Ia tidak mengaitkan bahawa hujan akan turun.
Apabila ingin melihat halo pastikan kedua mata anda dilindungi dari pancaran matahari. Jangan sesekali memandang terus dan lama pada halo.
Sembunyikan
matahari dari penglihatan di balik binaan, bangunan atau apa-apa
sahaja. Berhati-hati apabila mengambil gambar halo tanpa pelindung
matahari. Ia sangat merbahaya untuk mengambil gambar terus terutamanya
mengunakan kamera SLR.