Wednesday 17 July 2013

18/7 2013 EKSPERIMEN ASID DAN ALKALI

KELAS
8.30 - 10.00 5 ILTIZAM
10.20 - 11.20 5 CEMERLANG
 
Tujuan : 
Menentukan samada sesuatu bahan berasid, beralkali atau neutral

Kemahiran Proses Sains :    Memerhati, mengeksperimen, membuat kesimpulan, mengelas.

Kemahiran Manipulatif Sains :   Menggunakan alatan sains dengan betul, mencuci dan menyimpan alatan sains dengan cara yang betul dan selamat.

Nilai dan sikap:    Bekerjasama,mengamalkan kebersihan dan berjimat cermat, berhati-hati.
 
Radas Bahan :
Detergent, sirap, jus limau, piring petri, kopi, cuka, kertas limus


Prosedur

1) Semua bahan diuji dengan menggunakan  kertas litmus biru dan merah seperti dalam rajah di atas
2) Perubahan warna kertas litmus biru dan merah diperhatikan
3) Kertas litmus ditampal pada ruangan yang disediakan .Berdasarkan perubahan warna sifat bahan di ramalkan











Wednesday 13 February 2013

BAHAN PENGAJARAN SAINS TAHUN 5 14 / 02/ 2013

LATIHAN BAGI KELAS 5 ILTIZAM YANG TAK SEMPAT SALIN

NOTA DAN LATIHAN BAGI KELAS 5 CEMERLANG YANG TAK SEMPAT SALIN




Monday 7 January 2013

SCIENCE FACT - DERIA RASA LIDAH

Deria Rasa

Deria rasa (sense of taste) adalah salah satu yang dapat mengesan rangsangan yang dihasilkan oleh bahan kimia berperisa (flavoured chemicals).

Lidah (tongue) merupakan organ deria yang sensitif terhadap rangsangan kimia / bahan berperisa.

Lidah merupakan organ berotot yang terletak di dalam rongga mulut.
 
 
  • Lidah membolehkan kita untuk mengesan rasa manis (sweet), masin (salty), masam (sour) dan pahit (bitter).
  • Permukaan lidah mempunyai deria / tunas rasa (taste buds). Tunas rasa ini menyebabkan permukaan lidah kasar dan menggerutu (spotty).
  • Setiap tunas mempunyai banyak reseptor rasa yang boleh mengesan rasa sesuatu bahan.
  • Setiap tunas rasa adalah sensitif terhadap SATU jenis rasa tertentu sahaja.
  • Lidah manusia mempunyai empat kawasan / bahagian, yang mana masing-masing sensitif terhadap rangsangan rasa tertentu sahaja.
  • Sebagai contoh, bahagian depan lidah adalah lebih sensitif terhadap rasa manis dan masin, bahagian belakang lidah lebih sensitif terhadap rasa pahit,  manakala bahagian sisi lidah lebih sensitif terhadap rasa masam.

Proses mengesan rasa oleh lidah manusia:
  • Rasa makanan hanya dapat dikesan apabila makanan tersebut berada dalam bentuk cecair (liquid form).
  • Apabila makanan dimakan, air liur (saliva) dirembeskan di dalam mulut untuk melarutkan makanan.
  • Makanan yang telah dilarutkan akan merangsang tunas rasa (taste buds) untuk mencetuskan impuls.
  • Impuls tersebut akan dihantar ke otak melalui sistem saraf untuk ditafsirkan sebagai rasa.
  • Rasa lazat sesuatu makanan itu dihasilkan oleh kombinasi kesemua empat jenis rasa (tastes).

Hubungan antara deria bau (sense of smell) dan deria rasa (sense of taste):
  • Rongga hidung dan rongga mulut adalah bersambung. Jadi, deria rasa dan deria bau adalah saling berkaitan.
  • Apabila seseorang menghidap selsema, selera makannya akan berkurang kerana hidungnya tersumbat dengan lendir / mukus (mucus).
  • Mukus akan menyebabkan sel-sel deria bau kurang dirangsang oleh bau makanan. Oleh itu, selera makan seseorang penghidap selesema itu akan berkurangan.
 

ONLINE KUIZ